Saturday, July 7, 2012

Bila tokey bercerita...

Salam sejahtera...

Terima kasih berkunjung ke sini.
Sudah lebih dari satu tahun saya menjalankan biz online ini.
Alhamdulillah maklum balas yang diterima yang amat menggalakkan.
Terima kasih juga kepada return customer yang sudi berurusan dengan saya.
Saya percaya hubungan baik yang antara saya dengan customer akan membantu biz online akan terus bertahan, InsyaAllah.

Bagaimanapun, masih ada yang ragu-ragu dengan cara saya berurusan, yela... duit tu. 
Bukan seringgit dua, tapi ratus-ratus, lebih dari itu pun ada. Kepada yang masih ragu dengan cara penghantaran, setakat ini alhamdulillah tiada masalah lagi, kurier sampai dengan selamat. 
Jika ada barang yang tiada stok, saya akan pulangkan wang customer. Tiada dalam kamus hidup saya untuk mengebas duit orang. 

Saya juga berharap bakal customer juga berlaku adil dengan saya. Biz online ni, macam2 orang pun ada. 
Tanya macam nak rak, tapi... nan ado... So, kalau mereka cuma mahu test, nak main-main, saya dah tau bila emel mereka ni masuk ke inbox saya. Hehehe... Biarkan... customer always right kan? Kalau orang lain sure dah meroyan. Hahaha... 

Oklah... terima kasih sudi membaca... :)
Jika ada nak bagi feedback, bole emel saya ya? 
TQVM!

1 comment:

Ainee Ehsan said...

hi ..i nak tanya u ada jual tak WMF Perfect Plus 6-1/2-liter and 3-liter Stainless-Steel Pressure Cookers with Interchangeable Locking Lid ??? if ada, please call me...0122502285 Ainee thanks

Post a Comment