Friday, May 20, 2011

Stainless steel : WMF

Saya mula jatuh hati dengan periuk belanga WMF ni sejak tahun lepas. Gorgeous gitu. Barangan WMF ni keluaran dari Jerman (www.wmf.com). Barangannya menggunakan kualiti besi yang terbaik dan agak berat. Kalau tengok sudu gerpu... wallah..... cantiknya... Kalu korang gi ke SOGO ke, atau mana-mana soping kompleks yang menjual WMF ni, try tengok... shining je besinyer... nak-nak kalo bawah spotlight. Cam geram tgk.

Periuk WMF ada macam-macam jenis, Diadem, Gala, Trend, Motion dan lain-lain. Kalau nak yang non-stick pun ado. Kalu sudu gerpu pun banyak jenis, Jette, Porto, Parma, Boston dan memacam lagi la. Silver pun ada. Lain nama , lain kualiti. lagi mahal, kualiti pun berbeza. Pasal tu la hotel-hotel ada yang guna periuk belanga WMF ni.

Basically, barangan WMF menggunakan besi Cromargan stainless steel 18/10. Apa ye 18/10 tu? Nanti nak kena buat kajian labih lanjut. :)

No comments:

Post a Comment